Pilih peribahasa yang paling sesuai maksudnya dengan makna frasa / klausa yang berkurung dalam setiap item di bawah ini.
Sambil kami sedarjah bergotong-royong cikgu saya lihat ada murid yang ( malas membantu ).
Nurdiana ( enggan bertanggungjawab ) apabila mereka terus mendaki dalam hujan ribut.
Fuhairah marah sebab dia tidak suka orang luar ( turut serta ) dalam masalah keluarganya.
Oleh kerana Nurul pemohon yang tunggal dia yakin kerja itu sudah ( pasti diperolehnya ).
Apabila dikepung dan dicabar oleh pihak polis penjenayah itu segera ( menyerah diri ).
Kepulangan Putri ke pangkuan keluarganya diterima dengan ( penuh sukacita ).
Berita sahabatku mendapat empat A* itu sudah menjadi ( perbualan ) orang.
Syafiqah naik radang apabila ( orang yang dikasihinya ) itu diusik oleh kawan-kawannya.
Semasa Arina di hospital teman-temannya membawa buah-buahan sebagai ( hadiah yang dibawa ) untuknya.
Setelah menyatakan ( pendapat ) masing-masing kami sedarjah pun membuang undi.
Saya tahu Halid ( menyimpan perasaan dengki ) sebab dia suka melihat saya susah.
Saya suka berkawan dengan Azri sebab dia ( suka menolong orang ).
Apabila berbual dengan Nisha saya berhati-hati sebab dia mudah ( tersinggung ).
Razi ( hendak sangat ) membeli rumah banglo ( walaupun dia tidak mampu ).
Aku rasa ( cemburu ) juga apabila pecah khabar bahawa Hanis mendapat empat A*.
Askar-askar itu memberontak sebab jeneral mereka ( bengis dan degil ).
Kami menyambut kedatangan Presiden Nathan dengan ( rasa bangga dan gembira ).
Saddam jahat kerana dia ( tidak dapat membezakan yang baik daripada yang buruk ).
Izzati ( merajuk kerana kecewa ) tidak dijemput ke majlis hari lahir sahabat karibnya.
Setelah tersumbat gol sendiri kami ( hilang semangat ) untuk meneruskan permainan.